Monday, June 26, 2023

THE IMPORTANCE OF PERSONAL DATA PROTECTION - COWAY MALAYSIA


 Kepada para pelanggan Coway yang setia dan dihormati.

Jika tuan-tuan menerima panggilan aneh dan mencurigakan yang meminta anda menamatkan kontrak produk Coway anda dan untuk ditukarkan kepada produk jenama lain, anda dinasihatkan untuk menghubungi kembali ejen produk Coway anda untuk pengesahan.
Ini adalah disebabkan modus operandi yang digunapakai untuk meminta pelanggan Coway menamatkan kontrak ialah dengan cara mengaku bahawa mereka BEKERJASAMA dengan Coway untuk memberi pakej penjimatan dengan kontrak lebih panjang.
Coway tidak pernah bekerjasama dengan pihak lain mahupun pesaing dalam mempromosi pakej penjimatan ataupun apa-apa pakej penukaran produk diatas nama ‘ collaboration ‘ , syarikat ‘ adik-beradik ‘ ataupun ejen Coway boleh menjual apa-apa jenama.
Coway amat melindungi data peribadi pengguna. Dan jika tuan-tuan menerima panggilan dari ejen syarikat lain, tuan-tuan dinasihatkan untuk memastikan ejen tersebut untuk memperkenalkan diri, meminta nombor ID ejen tersebut dan tanya bagaimana ejen tersebut memperolehi nombor anda. Catat segala butiran. Butiran ini boleh membantu tuan-tuan untuk mengambil tindakan dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 terhadap ejen syarikat tersebut.
Tuan-tuan dinasihatkan untuk terus menghubungi pihak Coway jika berlaku sebarang kecurigaan berkaitan kontrak tuan-tuan. Langkah ini amat perlu untuk memastikan tuan-tuan tidak ditawarkan dengan kontrak baru yang lebih panjang dan tidak tertipu dengan modus operandi ‘ tumpang nama ‘ dari syarikat lain.
Terima kasih kerana terus mempercayai Coway sebagai jenama pilihan anda. InShaaAllah kami akan terus komited untuk memberi yang
terbaik
untuk anda.
Terima kasih.

No comments:

Post a Comment